Assalamualaikum,
Selamat petang, semoga sihat2 selalu ye :)
Post sebelum ni kte ada cerita serba sedikit tarikh dan tempatnya. Now nak cerita sikit pengalaman pergi temuduga kemasukan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) . Seriously pengalaman ni memang xkan dilupakan ! Pengalaman paling menarik pernah kte alami. :)
So kte continued, ha memandangkan date tu bertarikh 1/3 , kte dgn ayah tempah bas MARALINER, 31/2, Kl Sentral ke Sg Petani, Kedah, RM38 seorang kalau xsilap kte lah. nasib ibu kte kerja dengan MARA, senang sikit nak uruskan pergi balik kte ngn ayah. hm, haritu kitorang bertolak malam jd sampai nanti xde la lambat sangat, kte masa tu dah bersiap sedia dengan baju kurung nak lapor diri 1/3, tido dalam bas pun dgn baju tu. haha. punyalah excited. pulak tu kte bawak 3 beg. padahal bukan banyak sangat barang kena bawak. tapi bila fikir balik memang banyak. Sebelum pergi tu kte list sekali apa yang bawak.
Antaranya:
-kasut bertumit tutup penuh, termasuk stokin hitam untuk temuduga and makan tengah hari, petang, malam.
-bertudung(bagi islam),baju kurung wajib bawak, tapi non muslim boleh pkai balus and seluar slack. tp waktu temuduga kena pakai baju kurung/baju kebangsaan sendiri
bagi ujian jasmani/perubatan
-2 helai baju sukan putih ( panjang pendek boleh,nak bawak lebih pun 3 max,takut beg xmuat )
-seluar track suit (elok bawak 2/3 pasang)
-kasut sukan sepasang, termasuk stokin putih untuk merentas halangan and so on
so siapa2 yang rasa akan dapat surat tu baik prepare duit lah.
ha lagi satu nak bagitau cara kira BMI dengan betul and untuk temuduga ni xboleh lebih dari 23.0.
a. berat (kg) / tinggi (m) / Tinggi (m) . (bahagi semua ni)
macam bmi kte,
b. 45.5 m / 1.55 m / 1.55 m = 18.93
yang lain tu sendiri baca dalam surat tu lah. jangan lupa bawak seterika. dalam tu ada je tulis.
jangan ingat orang lain ada bawak. masa kte pergi sana pun xsampai 5 orang bawak. manusia nya ada 20 orang satu dorm. ha pakat pinjam la. kte pun jadi mangsa. hehe. tapi xpe kte xkesah . cuma nak ingatkan suruh bawak. xde la berebut nak guna nanti ha. :)
Jadi selepas beberapa jam tidur dalam bas akhirnya kte dengan ayah sampai dekat stesen bas sg petani dalam pukul 4 pagi. kte ingatkan kte sorg je baru sampai, rupanya dah ada yang sampai dulu. so kte berkenalan la dengan kawan2 yang kte jumpa tu, iaitu Suraq, Pije dengan Farah, kawan pertama yang kte tegur. semua dari kelantan. :D and kebanyakan calon yang pergi sana asalnya kelantan. fuh, balik je KL selepas 5 hari kte pun terbiasa cakap kelantan.hahaha. perkataan baru yang kte belajar,
jangok=suka make up
nebeng=mengada ( kalau xsalah )
lagi kte xingat. hehe
lepas tu kitorang kena tunggu trak tentera datang ambil kitorang dalam pukul 8. tapi sampainya pukul 10. lama gila tunggu kat situ sampai ayah kte pun kena paw dengan orang,kononnya xde duit. nasib dia paw cara baik. hmm, lepas trak tu datang, kitorang naik nak g kem lapangan terbang tu. kira2 dalam 7 orang,
3 lelaki, 4 perempuan yang dari stesen bas. kebanyakannya ada yang dah sampai sana dulu. kira kitorang lambat sikit. hehe. parents kitorang pun ikut sekali tapi cuma tunggu sampai pukul 5 dekat masjid. kot2 kitorang xlepas check up mata, kitorang kena balik tang tu jugak. xde tunggu2 lagi.
Ha setibanya kte dengan member dekat dalam dewan dalam kem tu, kitorang kena keluarkan segala jenis dokumen yang dia suruh lampirkan. xboleh letak dalam fail. garang oo staff kat situ.
'cepat2!, awak semua ni lembablah!'
haa, sampai2 je dah kena tengking. memang bestlah. haha.
tapi yang xbest nya bila tetiba je surat beranak kte hilang, punyalah kalut. rasa2 dah keluar kan asal hilang. nak xnak kena naik jugak atas pentas bagi dokumen lain. so sampai je atas dewan, kte kena bersemuka dengan Kapten Salleh, dengan muka tebal kte cakaplah surat beranak kte td ade,tetiba dia missing, kte cakaplah nanti kte cari balik. nasib Kapten tu baik, boleh tahan jugak kot. huhu. then kte pun bergegas ke tempat letak beg n fail tadi last2 terpandang satu kertas berbalut plastik bawah beg sorang budak ni, apalagi kte ambik and tengok. ha jumpa pun. boleh plak main sembunyi2 masa tengah lapor diri. haish. jadi kte terus pergi balik kat Kapten Salleh n dia cakap bagi dekat staff kat bawah. tebal kot muka time tu sebab asyik muka kte ulang alik depan pentas tu..haha. tapi alhamdulillah dah lengkap semua.
Then kena timbang berat n ukur tinggi. ha time ni kte sikit takut la cuz masa buat xray, kte mntak dia tolong cek sekali berat n tinggi kte takut salah predict .so keputusan klinik swasta tu bagi kte 39 kg n tinggi 1.45 m ,hmm memang tawakal jelah masa pergi kedah time tu. tapi alhamdulillah habis je timbang n ukur tinggi masa dekat kedah tu staff tulis kat kertas berat kte 45.5 n tinggi plak 1.55. haha punyalah jauh beza dengan klinik swasta tu. nasib xkena charge waktu timbang dengan ukur tinggi. kalau xmemang xdatang dah klinik tu. adoii. tapi walaupun dah tahu berat n tinggi sebenar, kte kurang 2 cm dekat tinggi tu. alahai, memang kte ni pendek. huhu.
Next kena cek mata kena 6/6 . dia cek warna n huruf. alhamdulillah mata ceq masih elok . cuma kte rasa mata kanan kte kurang sihat haritu. hehe . habis je lapor diri, timbang n ukur tinggi then cek mata ktorang kena tunggu calon2 yang lain siap jugak. Selepas je semua habis lapor diri tiba la masanya calon2 disingkirkan satu demi satu. yang xlepas mata memang xboleh melainkan dia kena buat rawatan laser. kawan kte farah dia pakai cermin mata, dia ada 2 pilihan lah samada nak buat rawatan laser yang mahal (beribu2 untuk satu mata) or tolak tawaran ni. dia bincang dengan parents dia then dia pilih untuk tolak. beribu2 rawatan tu kot. tapi xpelah cuz farah pandai, dia dapat tawaran ke US. rezeki dia dekat sana la kan ^^, . kawan2 kte yang lain alhamdulillah lepas.
Yang jadi masalah sekarang, oleh kerana tinggi xcukup, staff2 dengan mejar kumpul kitorang yang ade prob sikit2 ni. yang dah lepas kena tunggu luar dewan sembang2 dengan staff.. haduii.. xtau kenapa masa tu kte rasa nak suruh mejar tu suruh kte balik je.. rasa gerun semacam. mejar 2 nilai sorang2. 'ha ni xcukup tinggi' 'ni kurus sangat' 'ha awk boleh kurangkan berat sikit xrasanya' haduiii.. memang buat cuak. last2 mejar tu lepaskan kte. bukan maksud balik, tapi kte diterima, mejar bagi peluang! huhu. happy jugak lah walaupun sebenarnya xnak.. hihi. sampai sini dulu lah ye. sambung nanti.
hope enjoy ea :) Assalamualaikum !