Semalam dah cerita serba sedikit pasal temuduga tu. tapi tu baru je sehari. kte duduk sana 5 hari. kte ni jenis malas nak cakap banyak kte tulis jelah apa yang rasa2 penting / ada dalam temuduga tu..
So second day dekat sana kitorang kena buat Pemeriksaan Perubatan / pergigian. kitorang kena line up, perempuan buat pemeriksaan pergigian dulu n lelaki buat pemeriksaan perubatan. after kitorang habis periksa gigi, and boys dah habis buat pemeriksaan perubatan. kitorang yang perempuan pulak buat pemeriksaan perubatan n lelaki periksa gigi. tapi sebelum masuk tu dia check dulu samada kitorang punya tangan n kaki ok or ko . means kitorang xboleh ade kaki itik ( flat foot ). Kaki itik tu maksudnya bila kte berjalan semua tapak kaki jejak kt tanah. Masalah orang yang berkaki itik ni mudah sakit pinggang, lelah, sakit kepala n sebagainya. tu kadang2 orang tanya kaki pun nak tengok ke , of cos la kena sebab nak jadi tentera badan kena kuat, sihat n xde masalah. tentera banyak buat latihan, bukan sebulan sekali, kalau macam tu bukan tentera namanya. lagi satu dia check samada kte ada tulang siku or x,dia akan periksa lengan n tangan sorang2. masalah kte dekat siku ni ha, dia kata kte xde tulang siku , kte check ade je, die xsentuh habis kot..hihi tapi Mejar cakap kalau tulang siku xde susah, bukan kte yang angkat beg, beg yang angkat kte. hehe. tapi alhamdulillah kte lepas gak semua tu. ;)
kaki yang normal n boleh jadi tentera yang Normal Arch. Kaki itik yang dimaksudkan yang Flat Arch. High arch pun xboleh ye. harap maklum. hehe.
Maklumat lanjut tengok laman web ni, Click Here ada terapi dia sekali :)
Then kitorang yang perempuan ni masuk bilik pemeriksaan n beratur sorang2 buat ujian air kencing.kte tertanya2 gak kte apa tujuan,rupanya untuk memastikan yang kitorang ni xmengandung. hm, bagus2, memang ujian tu wajib ada. btw, ada juga yang terkantoi dekat situ, tapi bukan group temuduga kitorang but akak2 tahun2 lepas. ha, kan dah dapat padah. So pengajarannya jauhi zina ye . bukan awak je yang malu, orang2 yang kenal awak pun rasa malu tau. next, kitorang kena buat pemeriksaan badan, kitorang masuk berdua2 disebabkan bilik tu agak kecik n of cos lah dia ada pegang2, kata nak periksa. time tu jangan mengada kata xnak. staff2 dekat situ berpengalaman, staff2 n pegawai tu tahu apa yang depa buat. jangan nak saman2 bagai. nanti awak jugak yang salah. lagipun depa xbuat bukan2 pun dekat korang. kalau depa suruh bukak, bukak je jangan membantah. kalau tak memang korang balik terus la masa tu. nanti awak nak bersalin doktor lelaki gak yang buat. THINK POSITIVELY! habis je semua test tu , tiba je petang kitorang kena berjoging macam biasa. hehe
Third day, kitorang buat 4 ujian iaitu Ujian Personaliti, Ujian Kecerdasan Akal, Ujian Pengetahuan Am n Ujian Merancang. semua ni buat dalam dewan. korang kena tahu banyak pasal ATM. kata nak jadi Tentera kan. then petang tu kitorang terus buat ujian ke-5 iaitu Ujian Jasmani (larian sejauh 3.2 kilometer). aduii, kte ni dah la lemah bab2 lari ni. setakat lari dalam guni boleh lah. haha. sepatutnya buat hari ke-4 tapi memandangkan kitorang buat express n nak balik cepat, staff2 tu pun suruh siapkan cepat2, ujian tu dipercepatkan. Petang tu pakaian kitorang of cos la full baju sukan xkan nak pakai baju kurung pulak kan. xpernah dibuat orang. haha. So untuk perempuan, lari mesti xlebih daripada 20 minit n lelaki xboleh lebih dari 18 minit. nak dipendekkan cerita kebanyakan lelaki lepas n kebanyakan perempuan xlepas. hehe. malam tu pulak kitorang buat macam biasa makan dekat kantin n masuk tidur awal. dekat sini boleh lah kitorang tidur awal, dekat UPNM jangan harap ye.. so nikmatilah ia . wee~
Fourth day, kitorang kena buat Ujian Pengucapan Awam, dia akan divide kitorang dalam 3/4 kumpulan macam tu lah. tapi dia akan bagi tajuk tu sehari sebelum buat ujian tu. tajuk tu kena kongsi dua. so korang boleh bincang lah. yang mana dapat dengan budak lelaki kena bincang gak lah. tapi xnak xpe, xsalah pun. btw, kte dapat tajuk 'Why Teens Wear Make-ups' wow~ . first time tengok dah terkejut. dah la kte xberapa arif pasal ni. setakat bedak dengan sikit lipbaml/gincu tu ada lah. celak pun sebulan 1 kali je. tu pun kadang2 xsentuh langsung. cuz memang xreti pakai, tapi dah dapat tajuk tu, hmm, kena la buat jugak. nasib member2 ade yang suka jangok. hehe. xcukup info kte kal parents kte tolong bg maklumat. hehe. tapi susah gak cuz handphone time tu buat masalah. fed up rasa. tu yang beli fon baru ni. huhu. So masa tunggu giliran nak present memang cuak gilaa. kena speaking pulak tuu. fuhh~ kte tengok saingan memang terbaik lah. kte da la low sikit BI. sangkut2 gak kte time nak elaborate tu. heheee segan! tapi kesian dekat group lain gak, ada yang disuruh menyanyi lagu omputih. hehe. eh tp best la. hihi. ha malam tu kitorang makan malam macam biasa,complete baju kurung then kitorang kena praktis untuk buat temuduga lembaga awal untuk esok.
Fifth day, kitorang kena buat Ujian rempuh halangan ! dalam hutannn.. best gila! cuma kte ni stamina xcukup, nasib kawan2 kte tolong. paling banyak tolong kte siskot kte lah. Chan nama dia. Dia memang bagus, nama pun budak Maktab Tentera Diraja (RMC). kawan2 kte yang lain banyak bagi semangat kat kte. antaranya yaya, suraq, dilla.. ramai lagi! kte suka panjat tembok 6 kaki. haha. mula2 xlepas aww. cubaan kedua lepas. bercalar2 tangan! tapi tu la yang syok! haha. memang kotor gila baju time tu. lagi2 masa kitorang buat tu lepas hujan. memang lecak sikit la. comot2 semua. hehe. da habis tu staff2 dengan kapten suruh siskot menyanyi. member perempuan kte pun kena menyanyi. disebabkan dia bangsa india, dia nyanyi lagu hindustan~ layannn~ hehe. gila best xD.
After Ujian rempuh halangan! semua comot! tp sempat lagi bergambar ! huhu
Sampai situ je pengalaman kte. keputusan samada kitorang lepas or xlepas dia umumkan lepas dapat result SPM. n siapa yang lepas tu plak kena bersaing dengan budak yang guna result SPM. tapi juz kena buat temuduga lembaga n larian sahaja. kte dah tau keputusannya cuz dah lama benda tu berlalu. kte xdapat masuk satu, SPM xberapa bagus, lari xlepas. ha memang sadddd gila2. kte redha je masa tu, lagipun rezeki mungkin bukan kat situ :) . hm, kalau ada peluang, kte nak masuk UPNM time Ijazah ! so sapa2 yang xdapat masuk jangan sedih, korang boleh ambil Diploma/ Asasi kat U lain then boleh cuba time Ijazah, tapi korang kena sesuaikan lah cos2 yang korang nak ambik dekat UPNM nanti. GoOdluck ! ;D
Siapa2 yang minat UPNM, Follow This Blog ! Kapten Fendyyy
ada banyak information n schedule dekat sana ! ALL THE BEST !
# agak panjang kte membebel !
haha, xske xpe, xmarah. kte senyumm je :)
btw, maaf ye kalau ade gambar kawan2 yang xde kat sini. :)
Sekian . Assalamualaikum !
patotla terbatuk2 semalam rupa2nya ada owh mention name den haha!!! ... xbce lak kisah interview kami haha
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHai!
DeletePertama sekali, sy nak minta maaf sebab baru balas pertanyaan awak. Sy agak sibuk kebelakangan ini.
Ok, mengenai pertanyaan awak, tak apa sy faham :)
Sebenarnya sy rasa dia cuma cek samada kita ada buasir atau tak. if tak silap sy lah. itu apa yang kawan sy beritahu masa itu sebab dia tanya nurse situ. tapi tak tahu lah sebetulnya macam mana. wallahualam :)
Maaf lagi sekali ye atas kelewatan. Allah yuftah alaikum :D
Saya nak msuk upnm. Tapi ada asthma itupun kadang2 je. Kalau time check tu takde rasa nya die dpt tahu tak?
ReplyDeleteAssalammualaikum, masa iv tu kena bawak smua brg yg akk dh listkn tu ke? andai kata msa kita dh lpas iv utk kadet, lpastu tetiba terkantoi pulak kat lari tu, ada chance lg x utk masuk yg awam pnya? Thanks.
ReplyDeletesaya nak g interview skim lepasan graduan bln 11 ni. nak tau Ujian Pengetahuan Am n Ujian Merancang ni mcm mn eh? boleh bgtau details x?
ReplyDeleteHey akak assalammualaikum, kalau period camne ye waktu check badan tu ? Maafkan soalan saya ni .
ReplyDeleteSis, ada kemungkinan tak lepas ke kalau ada masalah gigi ? XD
ReplyDelete