Be The Best Among The Best !

try to get what did you want in your life .
be yourself and never being selfish towards others :)

Thursday, 26 April 2012

Driver License !

Assalamualaikum, Selamat Pagi !

Kali ni nak cerita sikit pengalaman ambik lesen kereta. lepas je habis g temuduga kemasukan UPNM terus parents kte suruh ambik lesen kereta. kali ni kte xperlu ambik ujian komputer lagi cuz dah buat masa ambik lesen motor masa kte tingkatan 3. So boleh express sikit la. Actually kte xberapa minat nak bawak kereta, kte more to motor lah, suka menyelit. hihi tp parents dah suruh, ambik jelah.. ingat lepas dapat lesen nk simpan! haha . tp xboleh la. bazir ! hmm, nak dapat lesen L senang, pergi kelas 6 jam je. tapi bored gila ! (lesen L still xboleh bawak kereta ye). ha, dapat kawan baru lagiiii :D tp kali ni semua lelaki , syazwan, hakel n adalan . all 18 ! (pandai2 depa ni) . segan sorang2 jadi bunga . haha.

Kte ambik lesen ni dekat Sk Memandu Samudra dekat dengan Keramat AU3, KL. tempat ujian dia pulak dekat IMKL. Kira IMKL boss nya lah. Untuk belajar kereta ni kena ikut jam dia. minimum mesti 8 jam. max xde had. tapi xkan asyik nak tambah jam je, kopak duit nanti ! yuran dia ambik lesen kereta je pun dah dekat RM900 lebih. belajar 8 jam, belum tambah jumlah jam yang nak ditambah ! 1 jam RM30 ! memang bocor poket nanti, tp untungla kalau ada yang sponsor ( parents ) tapi agak2 le nak guna duit parents. (tapi kte guna duit sponsor ni! cuma last payment kte bayar. sayang duit oo . hehe). jadiiii, siapa2 yang nak ambik tu kte syorkan ambik kereta motor sekali gus la, kurang sikit tanggungannya. kte ambik lesen motor awal cuz kte bawak motor g sk, apa2 hal jadi save la gk kte. hehe.

Then masa kte belajar bawak kereta tu kte asyik bertukar2 cikgu ! sampai 3 orang. perangai pulak hm, sorang kuat kritik, kedua cakap mesti slow2, yang ketiga pulak kuat bercakap. haduiii. kte layannnnn jelahhh~ haha tapi cikgu yang paling kte rasa ok cikgu yang banyak cakap tu lah, cikgu Omar namanya. Cikgu yang paling baik cikgu yang cakap slow2, cuz dia puji kte ni nampak matured ! macam 20-an gitu. hahaha. tang mana tu cikgu... lain macam je pujiannya. hahaha. cikgu yang kuat kritik tu ok gak.. dia cakap kte ni gopoh.. hmm yeke? cikgu yang cakap slow2 tu kate xpun..siap suruh kte drive laju tu.. hahaha

Btw, masa kte belajar memang kte banyak tambah jam. haha. bila nak tempah test JPJ, kena lepas pra-test dia dulu. masa pra-test tu, kte xlepas parking ! ha orang lain xlepas bukit, kte xlepas parking ! cikgu jpj tu kate apa tau, 'nak lulus xnak lulus,klau nak bawak sy pusing jap.' haa.. kte pun bawak la.. alhamdulillah pra-test lepas. haha. then kte trus cop tarikh JPJ, 19/4/12. masa test JPJ tu ambik masa agak lama cuz yang test motor dengan lori pun ada. kereta masa tu dah line up. perasaan masa tu gundah gelana tahu ! test ni ada 3 bahagian. bhg 1 kelas 6 jam. bhg 2 dalam trek. bhg 3 jalan raya (jalan 1-perumahan /jalan 2-U turn) . risau je masa tunggu lagi2 bila tengok ramai yang xlepas bukit. kte yang selalu lepas bukit pun jadi takut. ha bab parking lagi la takut. tp Alhamdulillah akhir nya kte lulus dan xterkandas ! :D . dekat jalan raya kte dapt jalan 2. best kot! jalan 2 senang, xde pening2 macam jalan 1. hehe . nak tau x, cikgu yang suka kritik kte cakap kte gopoh, suka bawak laju2 JPJ xsuka. kte jagalah perangai sikit masa JPJ takut xlulus. tengok2 JPJ tu sendiri suruh kte bawak laju sikit. haha.

Kawan2 kte Adalan dah buat test awal dari kte ,hakel n syazwan. then kte dengan hakel buat hari yang sama , tapi dia terkandas dekat tiga penjuru, dah terkandas kt situ memang sayang. kena ulang balik test bhg 2 sebelum tamat lesen L. kalau xmemang dia kena renew lesen sebelum ulang ujian. syazwan pulak xtau pe cerita. last kte tanya dia, dia cakap belum lagi tapi dah bawak kereta atas jalan dah. haha. ha kte dapat kawan baru lagi masa test JPJ. kali ni girl ! wee~ kte kenal dia dekat tempat tuisyen Math Clinic cuma xpernah tegur. kat sana baru tegur, Saffa Amirah,18, dia lulus JPJ sama dengan kte. ada lagi 3 orang kawan yang kte berkenalan kat situ, semua perempuan. cuma xingat nama. hehe.

Sampai tu je cerita kte. entry sebelum ni dah panjang sangat. kali ni nak pendek sikit. korang malas nak baca xkesah.. kte senyum je.. :)  nak tau tempat2 driving school bukak link ni http://jpj.my/driving_schools/Kuala_Lumpur_Driving_Schools.htm

#Bila fikir2 balik, ada guna ambik lesen kereta. senang nak pergi balik kuliah ! :D

Btw, i got some information of IMKL !

Telatin Mewah Sdn Bhd (IMKL)
(W 1012)
Lot 1670, Jln. Sg. Mulia
Off Jln. Gombak, Batu 4 ¾
53000 Kuala Lumpur
Tel: 03-4025 3388
Fax: 03-4025 3399
Web: www.imkl.myportal.my


Assalamualaikum !



1 comment:

  1. Your article has piqued a lot of positive interest. I can see why since you have done such a good job of making it interesting. fake texas driver license

    ReplyDelete