Be The Best Among The Best !

try to get what did you want in your life .
be yourself and never being selfish towards others :)

Wednesday, 23 May 2012

Resipi Crepe Suzette

Kita tertarik dengan resipi lempeng ala barat yang diadun dengan sos pisang ni. Bila disebut sos, tidak bermakna ianya hanya berperisa pedas kerana rasanya agak manis. Berbaloi untuk sesiapa yang baru pertama kali nak mencuba makanan ala barat. Lempeng ni juga sesuai untuk semua peringkat usia. Ok sekarang kita lihat apa bahan-bahan adunan dan bahan membuat sos pisang seterusnya membuat Crepe Suzette, lempeng ala barat .

Bahan-bahan adunan:
1. 5 biji telur
2. 5 biji telur (kuning sahaja)
3. 500 mililiter (ml) susu segar
4. 300 ml krim pekat atau double cream
5. 400 gram tepung gandum

Cara membuat adunan:
1. Telur dipecahkan dan dimasukkan ke dalam satu bekas sebelum dicampurkan dengan sedikit garam dan gula bersama tepung gandum.
2. Kacau sehingga sebati dan proses disusuli dengan campuran susu segar serta krim pekat.
3. Akhir sekali, tapis adunan ke dalam bekas lain sebelum ia sedia untuk dimasak dan menjadi kepingan crepe seperti lempeng.

Bahan sos pisang:
1. 200 gram gula
2. 20 ml air
3. 50 gram mentega
4. 200 gram krim pekat
5. 1 biji pisang (dihiris)

Cara memasak:
1.CAIR
> masak gula bersama air sehingga cair dan warna bertukar keperang-perangan.
2.KACAU
> kemudian masukkan mentega dan kacau sehingga sebati
3.CAMPUR
> masukkan krim pekat dan kacau
4.TAMBAH
> masukkan hirisan pisang dan api perlu segera dipadam supaya pisang tidak terlalu masak.

Hidangan ini juga kita rasa sesuai dihidangkan untuk berbuka puasa sebagai pemanis mulut.
Selamat Mencuba !

Sumber: Harian Metro , Rabu, 23 Mei 2012

No comments:

Post a Comment