Ok mari kte lihat KEKURANGANnya
1. Mengubah Geografi
Mengambil makanan pedas boleh menimbulkan iritasi dengan membentuk pola aneh (mengubah geografi)
2. Lapisan Perut Menipis
Terlalu sering mengambil makanan yang pedas dapat mengurangkan lapisan yang berfungsi melindungi perut. Jika terlalu sering maka lapisan ini akan semakin menipis yang membuat perut terdedah terkena jangkitan.
3. Mengganggu Pengeluaran Asid
Pada beberapa orang, makanan pedas boleh mengganggu pengeluaran asid perut sehingga menimbulkan rasa tidak selesa di perut. Hanya segelintir orang yang mengalaminya.
4. Tidur Terjejas
Makanan pedas boleh memberikan pengaruh buruk terhadap kualiti tidur atau menyebabkan insomnia. Hal ini kerana makanan pedas dapat meningkatkan suhu tubuh dan kitaran pertama peringkat tidur sangat sensitif terhadap makanan yang pedas. Untuk itu sebaiknya elakkan mengambil makanan pedas di malam hari.
KELEBIHANnya pula....
1. Menurunkan berat badan
Rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.
2. Menyihatkan jantung
Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
3. Mencegah kanser
Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4. Menurunkan tekanan darah
Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.
5. Mengurangkan stress
Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.
# memandangkan kte suka makan pedas,memang malam2 asyik rasa panas. haha
Sebenarnya terpulang kepada kte sendiri sama ada nak teruskan makan makanan pedas tapi janganlah berlebihan. Lagi satu info yang kte dapat tahu, adalah tidak elok memakan biji cili dia sebab biji cili tidak dapat diproses dan membuatkan biji cili terkumpul di bahagian ginjal dimana boleh menyebabkan penyakit Apendiks. Jadi, hati-hati . :)
Salam Ukhuwah~
No comments:
Post a Comment