Be The Best Among The Best !

try to get what did you want in your life .
be yourself and never being selfish towards others :)

Monday, 6 May 2013

Sahabat... :')

Assalamualaikum.

lama dah kita xbercerita dekat sini kan. hurm. banyak dah pengalaman, kisah duka tawa yang kita lalui. kisah bersama keluarga, sahabat..

SAHABAT....

Someone yang selalu mendampingi kita dikala susah dan senang..

Seronok bila bercakap tentang kawan. macam2 manusia kita boleh tengok. Kelakar pun ada bila tengok cara mereka memulakan sesuatu hubungan yang dinamakan kawan. :')

Ya untuk permulaan memang semuanya sopan ala-ala gadis melayu terakhir, lelaki melayu paling akhir. Mak mertua pak mertua tengok. hah. Siap main cop-cop nak jadikan menantu. ouch! haha

Tapi bila dah kawan lama. Ehhhhhhh kawan xkawan. Semua libas kiri kanan. hehe ohh. ada yang berkawan dengan cara bertegur "hay ohh" "hai hai" "assalamualaikum" "wassup bro cenggitu cenggini dududu" haha macam2 gelagat dapat tengok, n dari situ, kita tau macam mana perangai mereka bergaul. Lagi lama anda kenali dia,makin anda akan ketahui sifat dirinya yang sebenar. Yang menentukan samada mereka boleh dijadikan kawan or tidak. :)

Memang susah sebenarnya nak cari kawan, tapii, kalau kena dengan caranya, semua boleh lekat. Caranya ialah dengan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh agama :)
Teringat pulak dengan nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya, ni dalam Tingkatan 4 Bab 7, masih ingat ke? hehe Ok antaranya ialah :

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
Jangan melakukan syirik
Bersabar terhadap bala bencana
Jangan bersikap sombong
Melakukan kebaikan dan cegah kemungkaran
Menunaikan solat

Dapat serap x? Melalui nasihat itu, kita dapat point ciri-ciri nak mencari kawan. Tidak boleh mendekati kawan yang berlaku syirik, bermain judi, tilik nasib, tikam dan lain2. Cari kawan yang sentiasa menghormati sesama manusia. Redha dan sabar dalam menghadapi ujianNya. Tidak bersikap sombong. Sentiasa melakukan Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Serta yang paling penting ialah Solat. Kawan terbaik ialah kawan yang apabila dipandang, mengingatkan anda kepada Allah, yang sentiasa berani menegur kesalahan kita walaupun kita sendiri xmenggemarinya. Jadi, kalau ada yang menegur, jangan cepat salah sangka, fikir sedalamnya dan sentiasa berfikiran positif.

Dalam berkawan juga, akan banyak berlaku salah paham, sekiranya anda tidak pernah bergaduh, Alhamdulillah, mungkin ada hikmah disebaliknya. Biarpun ada kisah duka tawa dalam berkawan sedikit banyak meninggalkan kenangan yang xdapat dilupakan. Inilah corak kehidupan kita. tanpa suka duka, kisah hidup seperti kain kosong yang tidak bercorak. Namun, jangan bersedih seandainya kesedihan selalu melanda diri kita. Keranaaaa. semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Rancangan Allah kita xtahu. Dia Maha Kuasa. Allahuakbar Alhamdulillah. :)


No comments:

Post a Comment