Assalamualaikum!
Pernah terasa naik lemah bila ada yang memijak kepala sendiri.
Rasa lemah bila menghadapi masalah
Rasa sangat terpinggir dengan kebijaksanaan kawan-kawan
Rasa lemah untuk mendapatkan kekuatan
Rasa ingin dicintai
Rasa seperti tidak mempunyai apa-apa...
Sebenarnya kita kena belajar memberi daripada menerima
Belajar memahami daripada membangkang
Belajar menghadapi masa depan daripada hidup di masa silam
Belajar untuk bersaing bukan menyerah
Belajar untuk mencintai sebelum dicintai
Belajar untuk MENGHARGAI apa yang telah dikurniakan kepada kita
Semuanya bermula dengan BERSYUKUR
Hidup ni kita xboleh merancang apa yang akan berlaku seterusnya dengan sempurna, kerana kita hanya manusia, mampu merancang, Allah yang akan menentukan. Seteruk mana pun kehidupan kita sekarang, kita kena ingat Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Apabila ada yang memijak, kita kena bangun, suarakan hak sendiri. Ni hidup kamu, bukan dia. Kenapa perlu dia untuk menjatuhkan hidup kamu. Kenapa perlu dia yang mengawal hidup kamu sendiri. Hidup kamu, hak kamu, jalan cerita kamu, jadikan ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Tetapi ingatlah, tetaplah kamu semua dengan ketentuan Allah.
Apabila rasa lemah, kita perlu berusaha mencari kekuatan sendiri, cuba membongkar kelebihan. Semua manusia mempunyai kelemahan dan kelebihan. Jangan biarkan diri jatuh dan diketawakan, jadi bahan keseronokan buat orang yang xreti menghargai kehadiran kita.
Rasa ingin dicintai? oh ya kita kena belajar untuk mencintai terlebih dahulu. Jangan terlalu gelojoh untuk mencari cinta. Cinta tu akan datang bila tiba masanya. Tahan perasaan itu penting, paling mudah luahkan dalam doa, luahkan kpd Allah. Jika ingin juga bercinta, jangan beritahu betapa sayang, cinta dan rindunya anda kepada si dia, takut nanti dikurangkan rasa itu, dan tiada lagi kemanisan yang dapat dirasakan pada alam perkahwinan. Jaga suara, tingkah laku. Ya itu perlu.
Tidak mempunyai apa-apa? Bermakna kamu sedang menipu diri sendiri. Ketika merasakan tiada kawan di sisi, keluarga masih ada, sekiranya tiada, ingatlah bahawa Allah ada, mohonlah apa-apa kepadanya, mohon dengan sabar, Dia tentu akan ditunaikan. Jika tidak, perlu ingat, Dia ada perancangan yang lebih baik yang kita xpernah tahu. Dia satu-satu nya tempat kita perlu bergantung. Hidup kena diteruskan, jangan biarkan orang sekeliling menindas. Syukurlah kamu masih hidup. Mulakan hari dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah :)
#Semoga mendapat manfaat :)
No comments:
Post a Comment