Kita tertarik dengan resipi lempeng ala barat yang diadun dengan sos pisang ni. Bila disebut sos, tidak bermakna ianya hanya berperisa pedas kerana rasanya agak manis. Berbaloi untuk sesiapa yang baru pertama kali nak mencuba makanan ala barat. Lempeng ni juga sesuai untuk semua peringkat usia. Ok sekarang kita lihat apa bahan-bahan adunan dan bahan membuat sos pisang seterusnya membuat Crepe Suzette, lempeng ala barat .
Bahan-bahan adunan:
1. 5 biji telur
2. 5 biji telur (kuning sahaja)
3. 500 mililiter (ml) susu segar
4. 300 ml krim pekat atau double cream
5. 400 gram tepung gandum
Cara membuat adunan:
1. Telur dipecahkan dan dimasukkan ke dalam satu bekas sebelum dicampurkan dengan sedikit garam dan gula bersama tepung gandum.
2. Kacau sehingga sebati dan proses disusuli dengan campuran susu segar serta krim pekat.
3. Akhir sekali, tapis adunan ke dalam bekas lain sebelum ia sedia untuk dimasak dan menjadi kepingan crepe seperti lempeng.
Bahan sos pisang:
1. 200 gram gula
2. 20 ml air
3. 50 gram mentega
4. 200 gram krim pekat
5. 1 biji pisang (dihiris)
Cara memasak:
1.CAIR
> masak gula bersama air sehingga cair dan warna bertukar keperang-perangan.
2.KACAU
> kemudian masukkan mentega dan kacau sehingga sebati
3.CAMPUR
> masukkan krim pekat dan kacau
4.TAMBAH
> masukkan hirisan pisang dan api perlu segera dipadam supaya pisang tidak terlalu masak.
Hidangan ini juga kita rasa sesuai dihidangkan untuk berbuka puasa sebagai pemanis mulut.
Selamat Mencuba !
Sumber: Harian Metro , Rabu, 23 Mei 2012
Be The Best Among The Best !
try to get what did you want in your life .
be yourself and never being selfish towards others :)

Wednesday, 23 May 2012
Tuesday, 22 May 2012
Kelebihan dan Kekurangan Makanan Pedas !
Ok mari kte lihat KEKURANGANnya
1. Mengubah Geografi
Mengambil makanan pedas boleh menimbulkan iritasi dengan membentuk pola aneh (mengubah geografi)
2. Lapisan Perut Menipis
Terlalu sering mengambil makanan yang pedas dapat mengurangkan lapisan yang berfungsi melindungi perut. Jika terlalu sering maka lapisan ini akan semakin menipis yang membuat perut terdedah terkena jangkitan.
3. Mengganggu Pengeluaran Asid
Pada beberapa orang, makanan pedas boleh mengganggu pengeluaran asid perut sehingga menimbulkan rasa tidak selesa di perut. Hanya segelintir orang yang mengalaminya.
4. Tidur Terjejas
Makanan pedas boleh memberikan pengaruh buruk terhadap kualiti tidur atau menyebabkan insomnia. Hal ini kerana makanan pedas dapat meningkatkan suhu tubuh dan kitaran pertama peringkat tidur sangat sensitif terhadap makanan yang pedas. Untuk itu sebaiknya elakkan mengambil makanan pedas di malam hari.
KELEBIHANnya pula....
1. Menurunkan berat badan
Rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.
2. Menyihatkan jantung
Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.
3. Mencegah kanser
Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4. Menurunkan tekanan darah
Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.
5. Mengurangkan stress
Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.
# memandangkan kte suka makan pedas,memang malam2 asyik rasa panas. haha
Sebenarnya terpulang kepada kte sendiri sama ada nak teruskan makan makanan pedas tapi janganlah berlebihan. Lagi satu info yang kte dapat tahu, adalah tidak elok memakan biji cili dia sebab biji cili tidak dapat diproses dan membuatkan biji cili terkumpul di bahagian ginjal dimana boleh menyebabkan penyakit Apendiks. Jadi, hati-hati . :)
Salam Ukhuwah~
Tuesday, 15 May 2012
Rahsia Nombor Peribadi Anda
Kte dapat ni dari satu blog, kte rasa ini boleh dijadikan sebagai ilmu pengetahuan am. Jadi sama2 kte manfaatkan tapi jangan terlalu mempercayainya. Jika mahu, niatlah kerana Allah.
Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakannya dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya. Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh.
Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya: 12-12-1969; 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 (3+1 = 4). Jadi nombor peribadi anda adalah 4.
Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri.
Nombor 1
LAMBANG keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.
Nombor 2
NOMBOR ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi di bawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zamzam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan yang sesuai. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insya-Allah... tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.
Nombor 3
RAHSIA akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah! Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ni awet muda.
Nombor 4
NOMBOR ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tak mudah diganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insya-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.
Nombor 5
SIMBOL kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelektual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.
Nombor 6
HATI-HATI dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum berkahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.
Nombor 7
INILAH nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insya-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulanginya 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.
Nombor 8
ORANG Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya - untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya... kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8 jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.
Nombor 9
NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang... walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!
Nombor 10 atau 0
SIMBOL keabadian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang yang bernaung di bawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.
Mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insya-Allah... tidak akan wujud penyesalan. Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.

Monday, 7 May 2012
Kekeliruan !
Assalamualaikum,
hurm sekarang dah nak dekat masa kte untuk menentukan halatuju kte lepas SPM. Kte ada dapat 3 tawaran buat masa sekarang dan teramat buntu.
1. Matrikulasi Perlis, Program satu tahun, Perakaunan
2. Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Program 3 tahun, Diploma Perakaunan
3. Politeknik Ungku Omar (Politeknik Premier), Program 3 tahun, Diploma Teknologi Maklumat (Keselamatan Maklumat)
kte xberapa minat sangat dengan perakaunan, n kalau keluar nanti pun mmg sah2 hala kte ke arah pengurusan berkaitan akaun sahaja. Kalau teknologi pun sama, xberapa sangat tp kte minat hal2 komputer n lagi satu sebab kte ingatkan dapat masuk UPNM utk pengambilan ijazah nanti. harap saangat dapat masuk sana. tapi kalau xdapat apply UPNM mcm mana? arah kerja kte kemana? pening kepala. Cita2 kte sebenarnya nak jadi tentera, tapi xdapat, its ok, then apply course kejuruteraan xlepas, minta arkitek pun sama. frust teramat! nampaknya kena pilih cepat2 ni. apa2 pun kte akan cuba jugak walaupun bukan minat kte sangat, man jadda wa jadda. :) . jadi ni yang kte dapat setakat ni. ada permohonan yang belum bagi keputusan lagi. lepas ni apa pulak yang kte dapat.. hurm. sebenarnya tidak ada apa yang nak dibanggakan jika dibandingkan dengan awak, awak dan awak yang lagi pandai dari kte. cuz kte cuma nak meminta pendapat.
#someone please?
hope after buat solat istikharoh lagi terang jawapannya. amin :)

haha harap semangat kte macam beruang panda yang dah transform ni! go go go!
hope after buat solat istikharoh lagi terang jawapannya. amin :)
Sunday, 6 May 2012
Jamuan Pelajar Cemerlang di Hotel Novotel 1/5/12 !
Assalamualaikum,
kte sangat2 happy cuz kte tercalon dalam salah seorang pelajar cemerlang SPM 2011.
Alhamdulillah ! masa ni lah dapat jumpa balik kawan2 yang dah lama xbersua muka kaki dan tangan. haha . memang rindu habis. kecoh betul masa dalam bas tu. happening! kitorang bertolak dari sekolah pukul 1115 then sampai sana pukul 1215. dekat je rupanya. ingatkan jauh. Hotel tu memang cantik. cuma ehem, makanan dia xberapa la pulak. yang sedap cuma dessert dia. tu pun sebab dah penuh xleh makan banyak ! huhu .

ni bestfriend kte ! paling kiri kte(angah), then aqilah (along), mai(adik) and aisyah(acik) haha
#kte main letak je gelaran ni. huhu
rasanya xde benda nak cerita sangat, gambar pun dah terpadam cuz format memory card aritu. huhu. apa2 pun kte akan rindukan saat bersama kawan2 yang sentiasa bersama kte dikala susah dan senang :)
Subscribe to:
Posts (Atom)