Haritu kte cek permohonan ke Matrikulasi. tengok2 kte dapat ! huhuhu. ingat xdapat, rupanya dapat. Alhamdulillah.. tapi ni pun xtentu lagi cuz kte risau sikit nak ambik matrik ni..
Kte dapat program Matrikulasi dekat Perlis course Perakaunan selama satu tahun.
Perlis tuuu.. kte duk KL.. member yang pernah duduk sana cakap rentung kte kt sana nanti cuz Perlis salah satu negeri yang agak panas.. hehe.. kte dapat program ni sekali dengan kawan sekelas, farah n nisa rahman ! agak happy ada kawan tp prob nye xcnfirm lg.. better tunggu UPU keluar.. n maybe keluar awal bulan Mei.. jangan risau cos siapa2 yang xnak ambil Matrik boleh tolak n dia tidak memberi apa2 kesan dekat UPU.. kalau kte nk terima pun boleh . kena struggle la ye..
Sebenarnya ada baiknya masuk Matrikulasi. antara sebab2 kte beranggapan begini adalah kerana :
1. Cara express melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah .
Sememangnya Matrikulasi dapat mempercepatkan jalan kte ke Universiti tetapi kte kena pandai membahagi masa semasa menuntut di sana. siapa yang rasa dia seorang yang jenis suka ambik cuti lama lebih baik jangan ambik Matrikulasi sebab kebanyakan pelajar Matrikulasi hanya dapat bercuti sehari dua hari sahaja. itu yang kte dengarlah. sebab jadual dia sangat pack. yang bijak pandai kte syorkan masuk Matrikulasi ni.
2. Berpeluang menyambung pelajaran di peringkat ijazah di luar negara ( bersyarat ) .
Ya korang memang akan dapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara seperti United Kingdom, Australia, New Zealand dan Indonesia. Dengan syarat korang boleh dapat kan 4.0 flat.
tapi kalau xmasuk Matrikulasi pun sebenarnya korang boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui program khas/ program tajaan. banyak caranya asalkan result cemerlang.
3. Melalui program matrikulasi dapat menjimatkan masa selama 2/3 tahun dibandingkan mereka yang mengambil program Tingkatan 6 / Diploma.
Program Matrikulasi memang sangat berbaloi bagi mereka yang pandai menguruskan masa dengan baik. Masa2 yang ada selama 2-3 tahun dapat dimanfaatkan dan berpeluang untuk mencari pekerjaan 2-3 tahun lebih cepat berbanding mereka yang mengambil Form 6/ Diploma ( untuk yang sebaya )
sebab2 kte rasa kurangnya Matrikulasi ni adalah kerana
1. sijil nya tidak boleh dipakai untuk mencari pekerjaan.
Sijil Matrikulasi sebenarnya hanya merupakan tiket untuk memasuki progaram ijazah dan sekiranya pointer tidak melepasi pointer sepatutnya kemungkinan besar mereka tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti. Jika dapat, ada peratusan mereka dimasukkan ke Universiti tinggi tetapi bukan dalam bidang yang diminati mereka, kiranya dilelong , atau lebih kurang macam tu lah.
2. Sijil hanya laku untuk tempoh setahun.
Ya sememangnya Sijil Matrikulasi laku hanya untuk tempoh setahun selepas tamat pengajian. Jadi kte rasa amat berisiko memandangkan program yang kte dapat bukan ke arah minat kte. Itu hanya pendapat kte lah ye :)
Ini antara Kerjaya yang dapat diceburi sekiranya mengambil jalan Matrikulasi
maaf ya sekiranya xberapa jelas, boleh copy gambar ni n zoom sendiri ya :)
Hmm, ni antara Universiti2 yang kte boleh sambung belajar tapi syarat penting, mesti 4.0 flat. :)
Btw ada yang nak tau apa yang kaunselor halatuju ni cakap mengenai IPTS. so, ini dia kte bagitau.
'1. IPTS tidak diiktiraf oleh
MQA tetapi mesti berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan
mempamirkan nombor pendaftarannya di dalam iklan2 mereka
2. Program yang ditawarkan di IPTS/IPTA mestilah mendapat kelulusan dari MQA dan didaftarkan di dalam MQR (Malaysian Qualification Register) - kod pendaftaran mesti dipamirkan
3. Bergantung kepada IPT luar negara berkenaan. Ada program luar negara(seperti UK) yang dijalankan di Malaysia secara francais (2+1 atau 3+0) hanya memerlukan foundation untuk masuk, walaupun jika di negara asalnya kemasukan memerlukan syarat A-Level. Jadi boleh gunakan foundation untuk memohon dan kelulusan mungkin diberikan berdasarkan 'case-by-case' '
2. Program yang ditawarkan di IPTS/IPTA mestilah mendapat kelulusan dari MQA dan didaftarkan di dalam MQR (Malaysian Qualification Register) - kod pendaftaran mesti dipamirkan
3. Bergantung kepada IPT luar negara berkenaan. Ada program luar negara(seperti UK) yang dijalankan di Malaysia secara francais (2+1 atau 3+0) hanya memerlukan foundation untuk masuk, walaupun jika di negara asalnya kemasukan memerlukan syarat A-Level. Jadi boleh gunakan foundation untuk memohon dan kelulusan mungkin diberikan berdasarkan 'case-by-case' '
dan maksud case-by-case pula ialah
'kena memohon dan dipertimbangkan berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan. bukan standard atau secara automatik'
Semoga berjumpa lagi !
Assalamualaikum ! syukran ! komawo ! arigato ! kamsa hamnida ! :D