Kini kita harus bicara .
Kau perlu mula berbicara dengan diri sendiri .
Dah tiba masa .
Perlu jujur .
Perlu luahkan .
Perlu slow - talk .
Perlu bincang .
Perlu bersemuka .
Beberapa persoalan yang perlukan jawapan segera .
1. Di tahap manakah iman kau kini ?
Di saat orang soleh berlumba berebut syurga , di mana kau letakkan diri ?
Di kalangan orang soleh atau sebaliknya ?
2. Siapa yang sebenarnya kau rindu ?
Tak rindu pada diri kau yang pernah cuba setia merindu si Dia yang satu ?
Ke mana diri yang itu menghilang ?
Panggil dia kembali .
Dah tiba masa untuk pulang .
3. Apakah kejayaan kau setakat ini ?
Sudah berjaya balas pengorbanan penat - lelah ibu - bapamu ?
Atau masih lagi statik di tempat yang sama tanpa perubahan ?
4. Solatmu .
Berapa banyak yang sudah kau tinggalkan ?
Sudah ganti ?
Sudah taubat ?
Sudah insaf ?
5. Sudah berapa lama kau lalai begini ?
Berapa lama lagi kau hendak berkeadaan begini ?
Sampai bila nak bertuhankan nafsu ?
Masa dah kurang .
Tiada siapa antara kita yang makin bertambah masanya .
Meski dipanjangkan umur , namun waktu tetap berkurang .
Pulanglah .
Ketika sejuta pintu kembali masih terbuka luas .
Rindu - rindulah ' pintu yang satu akan buat dirimu rindu pada Tuhan yang satu .
No comments:
Post a Comment