Be The Best Among The Best !

try to get what did you want in your life .
be yourself and never being selfish towards others :)

Saturday, 31 August 2013

Kemarahan

ASSALAMUALAIKUM!
Life as a 3rd semester student brings a lot of happiness.. and sadness...
Surrounded by friends.. Many kinds of attitude...
And for the first time.. I feel miserable, depressed, heart broken, being cheated because of HER.

Berkawan memang menyeronokkan. Dalam hidup kte ni, xpernah rasa marah dekat kawan semarah ini dan sesakit ini.Dia seorang yang tidak mahu mengalah, tidak boleh menerima teguran, tidak akan meminta maaf apabila melakukan kesalahan waktu itu, selalu ingin lebih dari orang dan xpernah menganggap kte ni kawan baik dia walaupun kami berempat bersahabat baik sejak sem1. Ya dia xpernah anggap sebab dia sendiri memaksudkannya. Sampai sekarang kte dan kawan yang lain cuba bertahan. Sangat-sangat berharap dia boleh berubah, tapi nampaknya tidak. Jadi sekarang kte cuba lupakan, kte cuba memaafkan dia walaupun hati berkata jangan. Sebab putusnya silaturrahim membawa azab di dalam kubur.

Cuma... sekarang kte xboleh berkawan dengan dia seperti dahulu, sangat susah untuk kembali seperti dulu. Melainkan dia mengubah sikap dan perangai dia yang tidak matang dan hanya mengikut nafsu itu. Hati ni dah xsanggup untuk menegur kesalahan dia. Bukan kerana xmampu, tetapi kerana sikapnya yang tidak pandai menilai dan menghargai keprihatinan kami bertiga semasa kejadian pertama sebelum pergaduhan itu berlaku.

Dia berkata dan mengaku dirinya sudah teruk iaitu pada kejadian kedua tetapi menyalahkan kami kerana menegur dia waktu dia sudah berkeadaan sebegitu, tetapi tidak menegurnya sebelum dia menjadi teruk. Sangat-sangat menyakitkan hati kerana dia tidak menghargai kata-kata kami semasa kejadian pertama. Kenapa dia xpernah mengambil pengajaran? Tiada penjelasan atas semua soalan yang kami tanya kepada dia. Jadi kami memutuskan untuk menjauhkan diri (berharap ia cuma sementara)sebab perangai dia sendiri setelah nasihat kami xditerima dia. Kerana jawapan dia hanyalah 'terpulanglahh' dan seterusnya menyalahkan kami kerana menjauhkan diri dari dia. Tolonglah ingat kata-kata ini:

 "Sekiranya ada seseorang yang membenci kamu, bermakna dia yang bermasalah, tetapi jika ramai yang membenci kamu, bermakna ada sesuatu yang bermasalah dalam diri kamu." 

Sedarlah wahai kawan. Kami masih boleh terima...

Ya Allah seandainya tindakan kami ini membawa perubahan yang baik dalam dirinya,maka kekalkanlah ia berkeadaan begini. Tetapi sekiranya keadaan ini bertambah teruk dan dirinya menjadi lebih teruk, Kau hadirkan lah rasa kemaafan dan lembut hatiku kepada dirinya... Semoga syaitan dan nafsu amarah tidak lagi mengawal hambaMu yang sangat kerdil ini. Aku cuma hambaMu ya Allah yang lemah yang menginginkan keikhlasan dalam hati untuk memaafkan dia lagi dan berharap agar dia mampu berubah dengan pertolonganMu..

Ya Allah..Tetapkan hatiku untuk melakukan perkara mahmudah dan menjauhkan perkara mazmumah, Istiqamahkan diriku agar aku tetap bersama agamaMu ya Allah. Semoga Aku terus berada di bawah lindunganMu..

Subhannallah, walhamdulillah, walailahaillallah wallahuakbar. AMIN.

No comments:

Post a Comment