Be The Best Among The Best !

try to get what did you want in your life .
be yourself and never being selfish towards others :)

Saturday, 31 August 2013

Kemarahan

ASSALAMUALAIKUM!
Life as a 3rd semester student brings a lot of happiness.. and sadness...
Surrounded by friends.. Many kinds of attitude...
And for the first time.. I feel miserable, depressed, heart broken, being cheated because of HER.

Berkawan memang menyeronokkan. Dalam hidup kte ni, xpernah rasa marah dekat kawan semarah ini dan sesakit ini.Dia seorang yang tidak mahu mengalah, tidak boleh menerima teguran, tidak akan meminta maaf apabila melakukan kesalahan waktu itu, selalu ingin lebih dari orang dan xpernah menganggap kte ni kawan baik dia walaupun kami berempat bersahabat baik sejak sem1. Ya dia xpernah anggap sebab dia sendiri memaksudkannya. Sampai sekarang kte dan kawan yang lain cuba bertahan. Sangat-sangat berharap dia boleh berubah, tapi nampaknya tidak. Jadi sekarang kte cuba lupakan, kte cuba memaafkan dia walaupun hati berkata jangan. Sebab putusnya silaturrahim membawa azab di dalam kubur.

Cuma... sekarang kte xboleh berkawan dengan dia seperti dahulu, sangat susah untuk kembali seperti dulu. Melainkan dia mengubah sikap dan perangai dia yang tidak matang dan hanya mengikut nafsu itu. Hati ni dah xsanggup untuk menegur kesalahan dia. Bukan kerana xmampu, tetapi kerana sikapnya yang tidak pandai menilai dan menghargai keprihatinan kami bertiga semasa kejadian pertama sebelum pergaduhan itu berlaku.

Dia berkata dan mengaku dirinya sudah teruk iaitu pada kejadian kedua tetapi menyalahkan kami kerana menegur dia waktu dia sudah berkeadaan sebegitu, tetapi tidak menegurnya sebelum dia menjadi teruk. Sangat-sangat menyakitkan hati kerana dia tidak menghargai kata-kata kami semasa kejadian pertama. Kenapa dia xpernah mengambil pengajaran? Tiada penjelasan atas semua soalan yang kami tanya kepada dia. Jadi kami memutuskan untuk menjauhkan diri (berharap ia cuma sementara)sebab perangai dia sendiri setelah nasihat kami xditerima dia. Kerana jawapan dia hanyalah 'terpulanglahh' dan seterusnya menyalahkan kami kerana menjauhkan diri dari dia. Tolonglah ingat kata-kata ini:

 "Sekiranya ada seseorang yang membenci kamu, bermakna dia yang bermasalah, tetapi jika ramai yang membenci kamu, bermakna ada sesuatu yang bermasalah dalam diri kamu." 

Sedarlah wahai kawan. Kami masih boleh terima...

Ya Allah seandainya tindakan kami ini membawa perubahan yang baik dalam dirinya,maka kekalkanlah ia berkeadaan begini. Tetapi sekiranya keadaan ini bertambah teruk dan dirinya menjadi lebih teruk, Kau hadirkan lah rasa kemaafan dan lembut hatiku kepada dirinya... Semoga syaitan dan nafsu amarah tidak lagi mengawal hambaMu yang sangat kerdil ini. Aku cuma hambaMu ya Allah yang lemah yang menginginkan keikhlasan dalam hati untuk memaafkan dia lagi dan berharap agar dia mampu berubah dengan pertolonganMu..

Ya Allah..Tetapkan hatiku untuk melakukan perkara mahmudah dan menjauhkan perkara mazmumah, Istiqamahkan diriku agar aku tetap bersama agamaMu ya Allah. Semoga Aku terus berada di bawah lindunganMu..

Subhannallah, walhamdulillah, walailahaillallah wallahuakbar. AMIN.

Lelaki yang baik..


"Lelaki yang baik tidak akan menyentuh kamu . 
Bukan sahaja tangan halus kamu .
Tetapi yang lebih utama . 
Dia tidak akan menyentuh hati lembut kamu . 
Dia tidak akan menyentuhnya selagi dia tidak bersedia . 

Dan pada ketika dia sudah bersedia . 
Dia akan menikahi kamu dan pada saat itulah , 
Barulah dia berani menyentuh hati kamu . 

Lalu bagaimana mungkin lelaki baik tidak menyentuh hati kamu 
sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada kamu ? 

Sedaya upaya dia akan cuba menghindar . 

Kerana dia tahu . 
Pada ketika dia membuka mulutnya bagi berbicara . 
Pada ketika itulah , 
Bicaranya yang baik - baik akan menyentuh hati kamu , 
dan mencengkam hatinya pula . 

Terjadi rindu dan kamu pun tahu maknanya 
rindu kepada bukan mahram itu sangat halus sempadannya , 
antara rindu baik dan zina hati.

sangat-sangat halus

Dan lelaki baik tidak mungkin mahu mengambil risiko itu ."


Lelaki yang beriman tak akan mendapatkan seseorang wanita itu dengan menggadaikan syurga .


#copy paste from my sweet friend (Nisa) :)

Thursday, 15 August 2013

ALERT! Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar

1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kapir)

2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kapir)

3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kapir)

4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kapir)

5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kapir)

6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kapir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kapir)

8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kapir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kapir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kapir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.

Kata-kata yang mengingatkn diri

1.
“Wanita solehah tak jiwang dan gedik Muslimah solehah tak akan bergedik depan kamera atau jiwang dalam muka buku. Dia hanya manja dan ceria dalam keluarga tetapi menjaga maruah dan memiliki haibah dihadapan manusia. Kalau dia berjalan mata2 lelaki malu memandangnya, gadis-gadis hormat padanya dan kaum ibu berbangga jika ada anak sepertinya. Wanita solehah amat berahsia, kisah peribadinya bukan untuk tatapan semua manusia.”


2.
"Sekarang orang malu pakai serban dan jubah tapi tak malu untuk pakai seluar pendek dan topi,

Sekarang orang malu untuk membaluti seluruh tubuhnya tapi tak malu untuk 'membogelkan' dirinya dikhalyak ramai,

Sekarang orang malu untuk berzikir dan berselawat dengan banyaknya tapi tak malu untuk mengumpat, mengeji dan mencela orang lain dengan banyaknya,

Sekarang orang malu untuk mencuci najis walaupun sebulan sekali tapi tak malu untuk buat perkara yang lebih keji dari najis setiap masa,

Sekarang orang malu nak ngaji agama tapi tak malu nak ngaji bab menghina agama,

Sekarang orang malu nk tegakkan yang haq tapi tak malu menyebarkan yang bathil,

Sekarang orang malu nk mengaku jadi hamba Allah tapi tak malu nak mengaku jadi hamba makhluk...

Inilah sikap kita selama ini, bila disuruh doa minta jauh dari azab tapi usahanya macam nak dekatkan diri ngan azab dan jauh dari nikmat,

Lagi satu orang yang jaga solatnya akan cepat sampai dan orang yang tak jaga solat pun akan cepat sampai, sama aje cuma yang bezanya ialah orang yang solat cepat sampai ke syurga dan orang tak solat cepat sampai ke neraka... "



3.
Awak cakap perempuan LEMAH ? Cuba awak buka balik sejarah islam. Orang pertama yang mati syahid siapa ? Sumayyah. Seorang PEREMPUAN bukan ?

4.
Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu, nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

5.
--"Hebat Zaman Ini"--

*Semua orang celik IT, tapi asas Fardhu Ain kite tuli..

*Grammar english boleh celah gigi, tapi hukum tajwid gigit jari..

*Boleh cari duit, buat O.T hari2, tapi kuliyah agama 1 minggu 2 kali tak boleh pergi..

*Boleh online, update fb, twitter sana sini, tapi 1 muka surat Al-Quran 1 hari tak boleh nak mengaji..

*Ilmu dunia sampai ke Degree, Sirah Nabi sikit tak nak ambil peduli..

"Hebat zaman ini"..

Tak salah nak hebat ke Dunia, asalkan hebat juga untuk Akhirat yang KEKAL ABADI.

6.
"Bila mencari teman untuk kebahagiaan akhirat, perhatikan benar2 urusan agamanya.
Dan bila mencari teman untuk memperolehi keperluan duniawi, maka perhatikan ia tentang kebaikan budi pekertinya."

(Imam Al-Ghazali)

7.
"Barangsiapa yang menginginkan pelindung, maka Allah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan teladan, maka Rasulullah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan pedoman hidup, maka Al-Qur’an cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan peringatan, maka kematian cukup baginya.
Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu, maka neraka cukup baginya."


8.
Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.

9.
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN.. 
Syukurlah, datangnya ujian pada kita bermakna Allah peduli pada kita, Allah sayang pada kita, maka hadapi ujian dengan tenang dan sabar insya Allah..

10.
Pada malam Nabi diangkat ke langit, beliau bertemu dengan seorang nenek yang sudah bongkok tiga, kemudian malaikat pun memberitahunya, itulah umur sebenar dunia. Bagaimana keadaan nenek itu sekarang? Bagaimana pula dengan keadaan dunia waktu ini?

Sahabat saya yang sangat membantu berkata...sayanggg.. :)

' Kenapa kita susah nak lupakan perasaan sayang pada seseorang ? Saya nak buang perasaan tu '

Seorang sahabat bertanya soalan sebegini melalui text .
Dah berkurun lama tak jawab .
Bukan tak nak jawab tapi tengah fikirkan jawapan yang terbaik .
Dalam hati sebenarnya gusar .
Mampukah aku memberikan jawapn yang baik .
Sedangkan aku juga pelaku maksiat .

Perlahan lahan aku menaip .
Baris demi baris aku merencana kata - kata .
Dalam masa yang sama diri ku berubah menjadi insan yang lain .

- - - -

Nak terus jawab dengan super islamic punya version ,
Tak semua orang boleh terima .
Jadi perlu ada pendekatan yang mudah diikuti .

Tapi sebelum tu , kalau saya sendiri suka pada seseorang .
Saya akan kata pada diri .

' Saya hanya suka . Biasalah , fitrah perempuan tertarik pada lelaki .
Dan fitrah lelaki tertarik pada perempuan '

Lepas tu saya akan kutuk diri sendiri .

' Haisy apa lah hang pi suka kat dia pasai pa , Dia nampak pun dak kat hang ni '

Seriously . I scold myself .

Tapi kalau sampai dah ter' sayang ' macam ni , saya tak tahulah nak buat macam mana .

Cara ni in shaa Allah boleh :

1. Letakkan cinta Allah nombor satu .

2. Berhenti berharap , atau letak 50-50 je .
Bak kata Ustazah Fatimah Syarha dalm novel dia , Tautan Hati .

3. Rajin-rajinkan diri berzikir .

Hasbi Rabbi Jallallah
( Cukuplah Tuhan bagi ku Allah Maha Agung )

Mafi Qalbi Ghairullah
( Tiada di dalam hati ku kecuali Allah )

Nur Muhammad Sallallah
( Cahaya Muhammad selamat atas NYA )

Laillahhaillallah
( Tiada Tuhan selain Allah )

4. Hari-hari doa pada Allah . Sebaiknya masa sujud tu kan doa

YA Allah ,
hadirkanlah cinta dalam hati ini buatMu Allah . Hanya pada Engkau .
Ya Allah ,
Janganlah cinta makhlukMu meragut cintaku padaMu .
Bantulah aku untu ikhlas dan bersungguh-sungguh mencintaiMu .
Sesungguhnya engkaulah al-Wadud pemilik cinta agung .
Dan kasih sayangMu melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya .
Benar aku mahu mencintaiMu ya Allah .

Dan sebaiknya hadirkanlah air mata keikhlasan .

In shaa Allah bila kita berjalan mendekati Allah .
Ketahuilah Allah akan berlari pula menghampiri kita .

- - - -

Dari Abu Hurayrah r.a katanya :
Bersabda Rasulullah Saw .

Berfirman Allah Yang Maha Agung :

Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku , dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku .
Bila ia menyebut Aku dalam dirinya , Aku menyebut dia dalam Diri-Ku .
Bila ia menyebut Aku dalam khalayak , Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu .
Bila ia mendekat kepada - Ku satu jengkal , Aku mendekat kepadanya satu hasta .
Bila ia mendekat kepada - Ku satu hasta , Aku mendekat kepadanya satu depa .
Bila ia datang kepada - Ku berjalan kaki , Aku datang kepadanya berlari-lari .

( Riwayat Bukhari , Muslim , Ibn Majah , At-Tirmidzi , Ibn Hanbal)

- - - -

Rahmat dan kasih sayang Allah itu TERLALU luas.
Cinta Allah paling utama .
Mudah-mudahan .


#copy paste from my beloved friend :)

Saturday, 3 August 2013

info berguna: MISTERI SURAH ALFATIHAH :)

MISTERI SURAH ALFATIHAH

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA