Ada xorang yang sama macam kte ni?
First impression sure korang meluat baca kan. Acah2 macam 'plinchess' pulak hahaha
Sebenarnya, kte rasa fobia sebab memikirkan tentang akhirat.
Second impression pulak sure ada yang rasa macam 'Hah, now nak acah alim pulak minah ni.'
hahaha xbaik betul kte ni bersangka buruk dekat korang. Haih, maaf ye semua..
Hati ni kann, selalu takut dekat cuaca panas sejak kebelakangan ni. Sebabnyaa, kte pun xtau. ayat cliche kan hehe Sebenarnya, memang ye kte fikir pasal akhirat. More details, pasal kedatangan DAJJAL nanti.. Kedatangan makhluk yang mengaku Tuhan selama 40hari ni memang boleh mengugat iman sesorang yang xkuat. Perempuan terutama sekali. Diuji dengan kemewahan, jualan murah sana sini, nak cantik putih semua boleh. Semua dia bagi. Mana perempuan xterkena. Lelaki pulak sudah tentu tak terlepas, kekayaan, kereta sport, perempuan cantik... Allahh...kte harap sangat, semua golongan perempuan xmemaksa ayah untuk mengikat diri kte dari mengikut dajal dan para lelaki tidak terikut nafsu mereka.. Senang cerita perempuan lelaki, iman kena kuat!. Nak kuatkan, kena kuat beribadah! Jangan ingat masa tu semua xkenal dajal. Dajal tu sendiri yang kenalkan diri dia, if satu kampung tu nak ikut walaupun dah tau itu dia, semua kemewahan dia bagi. Bagi yang tolak dia, dia pergi dari kampung tu.. Dan keesokannya, kampung tu musnah, padang jarak padang terkukur. Kenapa? sebabnya dajal merupakan orang yang paling berkuasa dekat bumi masa tu, dia memegang semua kuasa nuklear, bom, air, elektrik, kapal perang semua dia. Astagfirullah... Sudah tentulah kesimpulan untuk mereka yang memilih dajjal, mereka telah memilih Neraka. Automatik, iman mereka sudah tentu terbatal. Kerana Dajjal akan meminta mereka mengaku Dajal tu tuhan. Astagfirullahh.. Mereka yang taat pada Allah, memilih Allah dan tidak mengikut dajjal, sudah tentu ganjarannya Jannah iaitu Syurga... Pada masa itu, mereka yang taat kelaparan yang terselamat, ubatnya hanya satu, zikir Allahuakbar, Alhamdulillah, Laillahaillah dan zikir2 lain. Itu saja makanan mereka yang taat kepada Allah. Tetapi, itu tidak mengenyangkan mereka, cuma membuatkan mereka SABAR. Dan sabar itu, ganjarannya sangat besar. Syurga Allah..Allahuakbar..
Dan seingat kte, sebelum kedatangan dajal itu, akan berlaku kemarau yang sangat dasyat. Seperti yang kte sudah maklum, tanda kiamat kecil hampir sempurna. Tanda kiamat yang lan pula makin nampak. Hujan semakin berkurangan.. Tahun pertama, 3/4, tahun kedua 2/4, tahun ketiga 1/4.. (ini xberapa ingat, maaf)
Tapi, jelas.. Kte akan kekurangan hujan.. Diganti dengan cuaca panas. Itu antara sebab kte takut, fobia dengan cuaca panas, takut sekiranya tidak hujan. Dan sekiranya hujan walaupun sedikit kte dah bersyukur sangat2 sebab hujan masih turun! Cuaca panas sangat menakutkan kte. Macam mana kte nanti sekiranya dajal datang.. Dah bersedia ke diri ni.. Kalau masih takut mati, tu bermaksud, kte tidak bersedia. Manakan tidak, dosa banyak xbertaubat lagi. Allahu.. Bimbing aku.. Jaga aku.. Allah Allah Allah..
Kte ada baca lagi berkaitan dengan binatang berkaki empat, yang bernama dabbat al-radh dia sangat sangat sangat laju di akhir zaman nanti. Kepantasan dia sekelip mata, kalau kte salah, tolong betulkan ye. Makhluk ni, tugas dia akan tandai setiap manusia dekat muka bumi ni dengan satu tanda di dahi, samada Mukmin atau Kafir. Dia akan pergi dekat setiap seorang manusia tanpa tertinggal seseorang pun. Allahuakbar.. hmm. korang terfikir x apa yang kte fikir.. Yang mana satu akan muncul dahulu, binatang berkaki empat ataupun dajjal?
Sekiranya dajjal datang dahulu, berapakah jumlah manusia yang akan ditandai dengan mukmin? berapa pula untuk Kafir? Berapa yang memilih neraka, berapa yang memilih syurga...?
Sekiranya binatang berkaki empat ini yang datang dulu, sekiranya semua telah ditandai dengan tanda mereka, maka, sudah tentu yang kafir akan mengikut dajal, yang selebihnya memilih Allah..
Memang.... Memang semua yang beragama Islam, walaupun buat dosa, merasa neraka dahulu baru syurga.. Tapii.. xkisah lah yang mana satu datang dulu, macam mana sekiranya dah pergi dkt dajal, dah ditandai dengan kafir. Nauzubillah. Masih ke syurga ke kte? Bukan ke title dah kafir? Selayaknya ke neraka, dan selamanya neraka.. Allah. Pelihara kami umat Mu, Biar sampai syurga..
Alam kubur.. Tempat disiksa dan diberi nikmat mengikut iman kte..
Padang mahsyar.. Dimana semua makhluk Allah dari zaman Nabi Adam yang besarnya lebih dari dinosaur sehingga zaman terakhir yang manusianya semua kecik2 belaka. Belum lagi dikira haiwan dan bintang. Semua yang bernama Makhluk Allah..
Di akhirat..
Di Titian siratul mustaqim yang jaraknya 1000 tahun mendaki, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun.
Dan destinasi terakhir.. Jatuh kebawah atau meluncur laju kehadapan.
Di neraka ataupun syurga..
Bayangkan..
Suasana paling gembira pernah korang lalui.. Tiba2, satu demi satu hilang dan tinggal kte seorang diri. Dunia ni cuma khayalan semata. Akhirnya, kembali kepada Allah.. Yang pada awalnya, kte dipinjamkan kepada ibu bapa kte. Dunia ini pentas, persembahkan yang terbaik untuk Allah. Bukan manusia. Jadilah benih yang baik. Hasilnya tentu membesar subur.
Bila kali terakhir sujudmu paling lama..
Bila kali terakhir solatmu paling khusyuk..
Bila kali terakhir kamu menangis kerana Allah, mengingat mati..
Tetapi jangan lupa juga..
Baktimu pada ibu bapamu, tingkah laku adikmu..rakanmu..Bila kali terakhir ?
Muhasabah diri. Mana iman kte letak.. Pilih, khayalan dunia atau akhirat yang nyata..
Persiapkan..Persembahkan yang terbaik.
Allah..
Penulisan kte kali ni, apa yang selalu kte fikir. Mungkin ada yang akan katakan, kte xsama seperti apa yang kte cakap.. Jadi mungkin ada yang xnak terima apa yang kte cakap. Tak apa kalau xnak.. Perubahan yang baik xselalu orang akan lihat. Manusia, apabila silap satu dihebah. Kebaikan yang beribu terus lupa. Jangan cepat melatah bila orang mengata. Anjing memang akan menyalak dekat orang yang dia xkenal. Tajam kan. Itu yang kte sematkan. Hidup jika tidak mencintai Allah, mana mungkin orang itu boleh mencintai seseorang setulus hati. Jadi jangan kisah kalau ada yang mengatakan cinta pada korang, tengok cinta dia dekat Allah dulu.. Lainlah sekiranya, cinta mereka kerana Allah, berubah demiNya. Insyaallah ke Syurga. Moga destinasi kte sama. Amin.
Kalau penulisan kte ada yang silap, mohon perbetulkan cara berhemah, disematkan dengan kasih sayang berdouble triple. Nak menegur ada caranya kan. Dan sangat berterima kasih kepada mereka yang menambah dan nak kongsi ilmu. Terima kasih sangat, syukran. :)