Be The Best Among The Best !

try to get what did you want in your life .
be yourself and never being selfish towards others :)

Sunday, 22 December 2013

Novel?: Pelengkap Hidupku (Part 1)

        "Aqidah Nur Humaira. Kau nak pergi lagi tempat tu ke kak? Sudah-sudahlah." Mak menasihati aku. Namun aku, tetap dengan kedegilan aku. Bukan aku mahu melawan kata-kata mak yang telah melahirkan aku dua puluh lima tahun yang lalu. Tapi hati aku masih tidak dapat menghilangkan rasa kerinduan yang semakin menebal dalam diri, terhadap sang suami yang pernah menghiburkan hati ini.

                                                          ********************
        "Hai akak! Apa khabar kak? Sihat? Amboi lawanya akak harini. Nak ngorat saya ke?" Meor si penjaga kaunter tersenyum disertai dengan ketawanya itu. Gelagat Meor sedikit sebanyak menceriakan hari aku. Tidak pernah puas dia mengusik aku. "Ambil bilik biasa ke kak? Nak saya teman tak? Saya free je ni." Dia mengusik aku sekali lagi. Aish, usikan dia makin menjadi-jadi pulak kebelakangan ni. "Kamu ni Meor kuat ye mengusik akak sekarang, dari siapa menuntut ni ha?" Aku membalas seiring senyuman. Sedekah la katakan. Meor pula membalas dengan kata-kata yang tidak aku jangka. "Dari suami akak laa, dia banyak ajar saya cara nak takel perempuan ni. Berhasil katanya, buktinya dia dapat akak yang comel ni." Dia ketawa, aku terkedu. "Err, saya bagi bilik biasa ye kak, jangan risau harini saya belanja akak, tapi sejam je ye akak." Dia berhenti mengusik. Mungkin tersedar raut wajahku bertukar mungkin? "Tak apa lah Meor, akak bayar ye, susah-susah je nak belanja akak, akak ambil pakej macam biasa, tu pergi belanja awek kamu si Syarah tu. Masam je akak tengok muka dia." Aku membuang perasaan yang datang dengan mengusik dia kembali. "Eh akak. Dia bukan awek saya lah. Dia cuma kawan je. Saya ni siapalah yang sudi." Meor tersipu. "Akak tahu kamu suka dia, pergi jelah cuba mana tahu berkesan teknik abang kamu tu. Oklah akak masuk dulu ye." Aku tergelak sendiri. Kadang-kadang aku suka mengenakan dia kembali. Mana aci asyik dia kenakan aku. Pusat karaoke Superstar di Wangsa Walk Mall dah seperti rumah kedua aku. Bukannya mahal sangat, sejam RM10 je, boleh muat 3-4 orang pulak tu. Makanan pun boleh bawak masuk, memang selalulah aku datang, boleh aku terpekik terlolong seorang diri. Tapi, tempat ni buat aku jadi rindu. Sepi. Hati ni rasa tak menentu. Wajah arwah selalu terbayang. Aku berjalan masuk ke bilik yang bernombor 3. Tombol pintu kupulas, ditutup dengan baik. Kemudian, ruang bilik itu aku tenung satu persatu. Pelengkap Hidupku, Eren ft Romi, lagu yang kini menjadi halwa telingaku setiap kali melangkah masuk ke bilik ini. Teringat saat terakhir aku bersama dia.. Perkenalan aku dengan dia..

                                                          ********************
(7 tahun sebelum itu)
               "Aimi, bagi akak guna kejap laptop. Nak buat kerja. hehe" Aku mengambil kesempatan atas adik aku. "Akak ni tak boleh tengok orang senang laa. Nah ambiklah." Amboi, marahnya adik aku. Alahh, biarlah, aku dah habis SPM, boleh lah aku online tiap-tiap hari. Laptop ni aku yang punya. Hahaha! Suka aku kalau macam ni. Online Facebook, ada mesej dari orang yang aku tak kenal. 

-Akid: "Hye! Nak kenal boleh?"

            Akid Hakimi. Siapa pulak mamat ni. Macam mana boleh ter'approve' ni. Nama nak sama dengan aku pulak tu. Aku ni memang, semua orang add aku semua aku nak approve. Aqidah, Aqidah, buanglah tabiat tuu.

-Aqidah: "Assalamualaikum, insyaallah boleh."

            Nanti lain kali aku tak buat dah, layan jelah mamat ni. Hensem jugak dua tiga kali pandang. Macam Aaron Aziz pun ada. Hihi. Gatal jugak aku ni. Bila lah nak berubah. Haihh. "Kak, mak suruh pergi kedai beli santan nak buat nasi lemak esok. Ambil duit dekat atas meja tu dah letak." Adik aku menyampaikan suruhan mak aku. Alahai, masa-masa macam ni lah nak ada gangguan. Baru syok nak chatting dengan Akid. Eh, kenapa aku terpikir pasal dia pulak. Tapi, best jugak sembang dengan dia. Banyak betul cerita. Dekat dua jam jugak aku mengadap laptop tu berceloteh panjang dengan dia. Eh tak pernah dibuat aku. Apa pasal aku beronok-ronok sembang dengan dia. Bukan ada apa pun. Tapi kenapa hati aku rasa lain. Padahal baru dua jam lepas. Takkan sekejap itu kau dah terpikat wahai Aqidah. Hati oh hati. Dah subur ke kau. Jangan tumbuh bunga sudah. Beli santan lagi baiklah! 

           "Mak! Ni santannya. Akak simpan dalam peti ais tau." Akhirnya aku sampai rumah. Penat aku nak mengadap muka pakcik gatal kedai tu. Muak rasanya. Asal datang je nak minta nombor. Bagi nombor aci sebelah rumah aku baru tau. Kalau tak kerana kedai dia satu-satunya yang paling dekat dengan rumah ni, sampai aku kahwin pun aku taknak pergi. "Ha letaklah elok-elok jangan bagi peti ais tu makan santan pulak." Eh mak ni perli aku ye. Aihh, ni mesti kes kicap yang aku tersilap letak haritu. Mak dah ada peluru nak tembak aku. Alah Aqidah, salah kau jugak, siapa suruh tak menyabar nak online. Kan dah berjam habiskan masa basuh peti ais. "Ok mak akak tak silap lagi. Ingatkan mak dah lupa. Hehe. Akak nak mandi dulu ya." Aku menyimpannya dengan penuh lemah lembut. Anak dara kan. Eceh! Jam pun dah tunjuk angka lima petang. Aku pun dah busuk macam kerang. Sorry ye cik kerang, kau pulak kena. Eh kejap, ada aku kisah? Mandi time!

                                                         ********************
(1 tahun berlalu)
"Awak nak makan apa? Cepat sikit orang nak beli ni." Dia ni tak menyempat-nyempat lah. "Cari meja pun belum lagi nak beli makanan dah. Nanti tak ada meja macam mana? Awak nak makan berdiri?" Aku geram betul dengan dia ni. "Sayang, awak cari lah meja, saya pergi beli, nanti lambat makan lambat pulak masuk wayang." Ish dia ni main sayang-sayang pulak, jadi aiskrim lah aku kalau macam ni. Cair memanjang. "Err, yelah encik Akid Hakimi. Saya nak makan nasi ayam je. Air teh O ais ok. Dah pergi beli cepat." Aku menyuruh dengan suara sedikit gugup. "Ha kan bagus macam ni. Comel. Tunggu orang tau. Jangan nakal-nakal." Akid berlalu dengan sisa ketawanya. Aku tahu dia tengah gelakkan aku yang tiba-tiba gugup semacam. Aish bikin malu saja kau ni Aqidah. Tapi, dalam hati aku suka. Hmm. 

            Aku bingung. Aku sebenarnya tiada apa-apa hubungan istimewa dengan dia. Cuma teman tapi mesra. Aku mahupun dia, takut akan peristiwa lampau. Pengalaman bercinta dengan orang yang salah memang menyakitkan. Kisah aku dengan dia sekarang macam hubungan sepasang kekasih. Bila dia layan perempuan lain, aku marah dia. Dia pun sama. Tapi, dia tak ada marah sangat kalau aku mesej lelaki lain. Sebab dia tahu aku tak suka layan orang. Sekarang, dia pulak panggil aku dengan gelaran tu. Bukan sekali, dah berkali-kali. Aku pun kadang ada memanggil dia dengan gelaran manja tu. Macam jadi kebiasaan, tapi still gugup, dan aku tak tahu status aku dengan dia. Tergantung selama 5 bulan sehinggalah sekarang. Aku sudah pun memasuki alam Universiti. Dikelilingi rakan sekelas, sebilik sedikit sebanyak melupakan aku terhadap Akid. Sangat membantu kot. Tapi aku tak dapat menafikan yang aku selalu rindu akan dia. Rindu yang melebihi dari seorang kawan. Cara dia bercakap, gelak ketawa dia, dan senyuman dia. Cemburu tu semakin hari semakin kuat. "Hah! Dah sampai Afrika ke tu? Jauh merantau." Aku tersentak. Dia menyedarkan aku dari lamunan. Tapi masih boleh lagi perli aku tu. "Ha'ah awak, saya jumpa burung unta. Anak dia ada sepuluh dalam kantung. Point yang paling penting, otak dia lagi kecik dari mata dia tahu!" Hah nak main dengan aku kan. Kacau aku lagi kan. Geram ni geram. "Hahaha! Awak ni kelakar lah. Hahahaha!" Eh dia gelak pulak. Aku salah cakap ke? Rasanya betul fakta aku tu. "Err. Asal gelak pulak? Orang cakap betul apa." Aku mencebik. "Hahaha! Aqidah Nur Humaira, mana ada burung unta ada kantung. Haiwan yang ada kantung tu kangaru lah. Hahaha!" Dia menyambung gelaknya. Erk aku cakap macam tu ke? Macam mana boleh silap lagi ni. Harini je dah dua kali dia buat aku malu. Arghh! "Hm yela orang silap. Ish dah la makan cepat. Nanti nak masuk wayang." Aku rendahkan suara. "Hehe. Maaf ye saya gelak tadi. Tapi, awak ni comel lah. Kelakar. Ni yang saya suka ni." Dia tersenyum memandang aku. Mak aih cair aku wehh! Malu lah macam ni! Hensem siot! Untung aku dapat dia. Hehe. Eh, dia bukan milik aku. Bukan kekasih aku.. Aqidah, kau kena lupakan dia..

-Akid: "Aqidah, saya nak tanya awak sesuatu boleh?" 
-Akid: "Sayang..Buat apa tu?"
-Akid: "Hallo. Anybody? Hm."

Bunyi mesej menyedarkan aku dari tidur. Penat seharian berjalan dengan dia sampai tertidur aku sejurus sampai ke rumah petang tadi. Lima belas panggilan tidak berjawab. Tiga mesej. Semua dari Akid. Pelik. Ini kali pertama dia buat panggilan sebegini banyak. Dia buat aku tersenyum sendirian lah! Nampaknya bukan bunga je yang dah tumbuh. Kumbang pun dah ada! Hai lah hati. Eh, mesej dia tak berbalas lagi.

-Aqidah:"Ye sayang. Maaf tadi saya tertidur."

Lagu deringan nyanyian Eren ft Romi berbunyi. Akid! Dia telefon aku. Penting sangat kah sehingga dia bersikap pelik? "Hello Assalamualaikum Akid Hakimi" Aku memulakan perbualan. "Hye Aqidah Nur Humaira Binti Ahmad Syarhan." Debaran. Dia menyebut nama penuhku. Kenapa tiba-tiba sahaja? Tambah pelik aku lah! "Awak tertidur ye tadi. Penat sangat ke teman saya. Kesian awak." Dia menyambung. "Aah saya tertidur. Eh tak ada apala awak, saya ni memang, pantang nampak katil, landing terus. Hehe. Ha awak nak tanya apa tadi?" Aku rasa bersalah. Kenapalah senang sangat tertidur aku ni. "Emm, Saya.." Dia berhenti. "Awak? Hello?" Ish kenapa ni. sambungan..

Cerita Pendek saya.

Assalamualaikum. rasa macam dah lama sangat xupdate blog. alahh, lagipun tiada siapa kisah right? huhu
Hmm. Banyak benda yang berlaku.

About the study... Kebingungan pasal projek sekarang. Mengenai keselamatan IT. Hmm. Our idea, make an application about, encrypted messages with screen-locking in android. Kalaulah ada yang dapat membantu... Someone please? Mungkin awak yang Allah hantar untuk kami.. :) Hope sangat perkara ni xmembawa kepada pergaduhan antara kami. Hmm. Nampak mudah, tapi xboleh diambil mudah. Semoga dipermudahkan olehMu Ya Allah, sesungguhnya, Kau permudah bagi segala yang sukar bagiku Ya Allah..

About me... saya mahu berubah. Doakan saya. saya akan mulakan dengan melabuhkan tudung insyaallahh. Jika ada salah silap, maafkan saya. Saya xlama dekat dunia ni, macam awak2 semua jugak :')
Nak kutuk saya? Nak jatuhkan saya? Nak rendah2kan saya? Boleh.. Xlarang pun.. Hak awak.. Tapi kena ingat, Allah xsuka. Yes saya semestinya akan sedih, kecewa, sakit hati, tapi saya dapat pahala awak, dan saya sangat2 perlukan pahala itu. Dosa saya terlampau banyak. Sehingga saya rasa cemburu, dengan gadis yang bertudung litup, akhlak mereka, jauh bezanya mereka dengan saya. Mampukah saya memiliki syurgaNya jika dibandingkan dengan mereka..? Sokongan. Itu yang saya perlukan. saya harap saya xkan berpatah balik. Jangan buat saya begitu. :') Allahh... Bantu hambaMu ini...

About the short story... Ha! saya mau buat satu cerita pendek, tapi rasa macam panjang pulak. Xpela, baca jelah ea. Tiba2 mai idea nak buat cerita. 'Pelengkap hidupku' mungkin? Short sinopsis, tentang seorang gadis biasa, berubah kepada seorang yang solehah demi keluarganya. Kemudian bertemu jodohnya dengan si suami yang sebelum ini pernah menjadi seorang yang disukainya, namun si suami, kurang ilmu agamanya dari isterinya itu. Tetapi, cinta mereka, disulami dengan sentuhan islam, ilmu agama dikongsi bersama, tercipta keluarga yang indah agamanya. Kisah gembira si gadis terhenti saat si suami kemalangan jalan raya. Bagaimana nasib si suami? Apakah yang terjadi kepada gadis itu? Berpalingkah dia? Nantikan cerpen dari saya. Insyaallah akan saya kongsikann :D